Salah satu aktiviti yg perlu(??) dilakukan oleh seorang penggandung ialah bergerak aktif. Menurut ceritenye penggandung perlu sentiasa bergerak untuk memudahkan proses bersalin dikemudian hari. Sebagai seorang lelaki yg tidak mengandung, kurang pasti samada ianya betol ke tidak atau sekadar mitos, tapi ape kan daya layannn saja....Sambil2 layan madam jalan2 "Maternity Therapy" di Hutan Bandar Putra, baik bawak kamera layan jeee ape2 utk rujukan....
Terletak di bahagian hujung Bandar Putra menghala ke arah Senai airport, Hutan Bandar Putra merupakan taman rekriasi utk penduduk Bandar Putra mahupun Senai atau Kulai.
Click image to enlarge
Tiada yg menarik lagi memandangkan masih dalam proses pembinaan...tapi berjaya menarik ramai pengunjung dihujung minggu malah setiap petang samada berjogging..berjalan atau bertenet...eheheheh..
Masuk adalah percuma....
Hutan bandar yg ke-2 selepas Hutan Bandar diJB dekat dengan RTM sana....